Sabtu, 4 Jun 2011

PAKATAN HARAM TERUS BERSANDIWARA DI PERAK


Pakatan Haram rupa-rupanya masih memasang impian untuk menakluk Perak. Buktinya, mereka berjanji akan memberi kadar premium tanah secara nominal serendah RM10 sehektar bagi tapak institusi pendidikan di negeri ini jika mendapat mandat dari rakyat pada PRU 13.

Janji palsu yg mereka tawarkan untuk rakyat Perak adalah seperti berikut:

"Pakatan Rakyat Perak telah memutuskan sebulat suara bahawa : Seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Perak semula pada PRU ke 13, kerajaan PR akan mengenakan premium secara nominal RM10 sehektar dalam rancangan dan usaha membantu sekolah-sekolah tersebut mencapai objektif membangun sekolah dari pulangan modal tanah berkenaan. Maka dengan dasar ini, sekolah tersebut di atas boleh menjimatkan jutaan ringgit premium tanah dan mereka hanya perlu membayar RM20,230 untuk Sekolah Agama Rakyat, RM10,120 untuk Sekolah SUWA dan RM6,070 untuk Sekolah Tamil sahaja". 

Bagi GAD ini semua wayang / gula-gula yg cuba disajikan oleh Pakatan Haram untuk rakyat Perak dengan harapan mereka dipilih pada PRU 13 nanti. Semua rakyat Perak sudah tahu kesialan mereka semasa menjajah Perak selama 11 bulan. Tidak mungkin rakyat Perak akan membuat kesilapan buat kali kedua.

Sepanjang 11 bulan berkuasa, pakatan haram (baca : DAP) hanya bekerja untuk mengukuhkan kedudukan satu kaum saja, manakala kaum lain khususnya Melayu dipinggirkan. Mereka melaungkan bahawa mereka telah berlaku adil kepada semua kaum. Tapi apa kejadahnya apabila penduduk kampung baru (semuanya Cina) diberi pajakan selama 999 tahun, manakala kampung tradisi Melayu hanya mendapat pajakan selama 99 tahun saja. Inikah yg dinamakan hak sama rata? Mungkin hak sama rata ikut sistem komunis kot.

Aku boleh memberi jaminan bahawa PRU 13 nanti rakyat Perak khususnya orang Melayu sama sekali tidak akan lagi memilih pakatan haram kerana kesialan mereka sepanjang menjajah Perak selama 11 bulan masih terpahat dalam ingatan. Mereka juga langsung tidak menghormati institusi kesultanan Perak. Mereka buat seolah-olah Perak ini macam syarikat mereka sendiri. 

Syukur, dengan kuasa Allah, akhirnya pakatan haram tumbang juga. Kalau tidak, matlamat komunis DAP untuk menjadikan Perak sebagai kerajaan Cina sepenuhnya akan tercapai.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan