Ahad, 26 Jun 2011

FAKTA ANTI ISLAM AMBIGA YANG WAJIB DIKETAHUI!!!


Berikut disenaraikan fakta mengenai Ketua perhimpunan BERSIH, Ambiga Sreenevasan:

1) Ambiga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam terkenal dengan tindak-tanduknya yg cenderung ke arah pembangkang dan memiliki sikap anti-Islam yg ketara. 

2) Beliau adalah orang yg bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) (IFC ditubuhkan untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yg jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

3) Dalam kes murtad Lina Joy, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut Islam.

4) Ambiga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yg membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun menerima bantahan dari penganut Islam, Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Bantahan tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

5) Tugas-tugas Ambiga mempertikaikan kesucian Islam di Malaysia diiktiraf oleh Amerika Syarikat apabila dia mendapat anugerah yg disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 2009.

1 ulasan:

  1. Selangor tak jamin tanggung kos guaman peserta perhimpunan haram

    2011/06/26

    SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak dapat memberi jaminan sama ada akan menanggung kos perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau tidak berani menjanjikan apa-apa berhubung perkara itu kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya.
    "Kita tidak boleh janji, nanti tidak mampu bantu orang (yang ditahan dalam perhimpunan itu nanti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
    Beliau berkata, pihaknya sedang mencari jalan bagi menghulurkan bantuan lain kepada penduduk Selangor yang ditahan pada perhimpunan itu nanti. - BERNAMA

    -----------------------------------
    Alahai, ade jugak yg sanggup jd balaci pemimpin Fuckatan, tapi pemimpin Fuckatan bukan kesah korang sangat pun. Demi mengekalkan kuasa, korang nak mampus pun lantak la!!! TAK PAHAM BAHASA LAGIK???

    BalasPadam