Isnin, 27 Jun 2011

TUBUH YAYASAN PEMIKIR DAYAK : AGENDA HALUS DAP PERKUDAKAN KAUM DAYAK DI SARAWAK


DAP nampaknya semakin teruja untuk menguasai Sarawak. Buktinya, mereka telah menubuhkan Yayasan Pemikir Dayak @ Dayak Brain Trust (DBT), satu badan kononnya untuk menyelesaikan segala masalah yg dihadapi oleh kaum Dayak.

Selepas menjalin kerjasama dengan parti SNAP, DAP terus mengorak langkah untuk memancing sokongan kaum Dayak agar hasrat mereka memerintah Sarawak tercapai. Ternyata sejak akhir-akhir ini tindak-tanduk DAP di Sarawak dicurigai. Ini kerana mereka dilihat agak 'mesra' kaum Bumiputera, padahal matlamat perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan hak-hak istimewa yg dimiliki kaum Melayu & bumiputera. Ia dilihat bertentangan dengan dasar mereka.

Sudah semestinyalah segala perancangan mereka ini memiliki agenda tersirat. DAP sebenarnya ingin memperalatkan kaum bumiputera di Sarawak khususnya kaum Dayak. Mereka tahu untuk menguasai Sarawak, ia mesti mendapat sokongan dari kaum majoriti. DAP bukannya ingin memperjuangkan sangat nasib kaum Dayak. DBT yg ditubuhkan hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan kaum Dayak kepada DAP.

Percayalah andai kata agenda licik DAP ini berjaya membawa mereka berkuasa di Sarawak, lambat-laun kaum Dayak ini akan diabaikan juga oleh DAP. DAP hanya inginkan kuasa. Perancangan DAP ini adalah sesuatu yg berbahaya jika kaum Dayak termakan dengan janji manis DAP. Rancangan jahat DAP untuk menghapuskan kepentingan Bumiputera diteruskan pula di Sarawak selepas kempen mereka di Semenanjung menampakkan kejayaan.

Berhati-hatilah kaum Dayak di Sarawak. Jangan mudah termakan pujuk rayu puak komunis DAP. Selepas menghuru-harakan Semenanjung, DAP kini mahu memecahbelahkan perpaduan bumiputera di Sarawak pula. Jangan gadaikan nasib generasi akan datang. DAP tidak pernah ikhlas dengan kaum bumiputera. Sekarang mereka mahu sokongan anda saja. Lepas menang nanti, mungkin anda akan dihalau oleh puak komunis ini dari tanah anda. Jadikan pengalaman org Melayu di P. Pinang sebagai pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan