Khamis, 23 Jun 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA vs PERHIMPUNAN BERSIH


Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) ini semua sekolah di seluruh negara akan terlibat dalam Program Larian Serentak  1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program yg bermula serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pagi itu akan tercatat dalam The Malaysia Book of Record.

Jadi, ayuh kepada semua warga sekolah. Turunlah beramai-ramai. Pamerkan semangat, perpaduan dan komitmen anda kepada seluruh rakyat Malaysia. Tunjukkan bahawa masih banyak perkara baik yg boleh kita sumbangkan kepada negara tercinta. Bukannya melakukan tindakan menghuru-harakan negara.

Kepada bakal peserta perhimpunan haram BERSIH, anda patut berasa malu kepada murid-murid sekolah. Ini kerana anda tidak dapat menunjukkan contoh yg baik kepada generasi muda negara khususnya dalam memupuk semangat patriotik terhadap negara. Malah, mungkin budak-budak ini pula yg bakal mengajar anda tentang nilai-nilai murni yg sepatutnya diamalkan oleh setiap warga Malaysia.
   

1 ulasan: