Isnin, 29 Oktober 2018

AHLI UMNO ENGGAN SERTAI BERSATU KERANA TIDAK MAHU BERSENGKONGKOL DENGAN DAP???


Strategi Mahathir mengheret Najib, Zahid Hamidi Dan beberapa lagi pemimpin UMNO ke mahkamah atas isu 1MDB dan berterusan menyalahkan kerajaan lama adalah bertujuan untuk memburukkan imej dan membunuh karakter mereka di mata rakyat. Mahathir berharap agar semua ahli UMNO sedar dan segera meninggalkan parti itu lalu menyertai parti BERSATU.

Namun begitu, ia tidak semudah seperti yg diharapkan. Ahli UMNO spt tidak termakan dengan masalah integriti yg melanda beberapa org pemimpin mereka (itupun jika benar). Ahli UMNO dilihat spt terus setia menjunjung perjuangan parti. Mgkn bagi mereka parti lebih penting dari pemimpin.

Walaupun memang ada ahli UMNO yg keluar parti Dan menyertai parti2 komponen PH termasuk BERSATU, tapi bilangan mereka tidak spt yg diharapkan oleh Mahathir. Mahathir mahu UMNO dibubarkan dan semua ahli UMNO berpayung di bawah BERSATU.

Mengapa ahli UMNO secara beramai2 enggan keluar parti Dan menyertai PH? Jawapannya ialah Masih ramai dlm kalangan ahli UMNO yg mempunyai prinsip dan tidak menyalahkan parti di atas segala masalah yg ditimbulkan oleh segelintir pemimpin mereka.

Bagi mereka parti tidak bersalah. Dasar perjuangan parti tidak Salah. Yg mgkn Salah adalah pemimpin yg gagal mnjlnkn amanah dgn baik. Ahli UMNO inilh yg sukar dijinakkan oleh Mahathir. Mereka ini digelar "ahli totok UMNO". Mereka berjuang bkn kerana Wang dan kedudukan. Mereka bekerja demi agama dan bangsa.

Semua org tahu musuh tradisi sebenar UMNO adalah DAP walaupun sejak berpuluh2 tahun PAS amat memusuhi UMNO. Kerana pertentangan ideologi dan prinsip perjuangan, UMNO dan DAP hampir mustahil boleh bekerjasama. Ibarat air dengan minyak. Ibarat Palestin dengan Israel.

UMNO memperjuangkan hak2 org Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan agama Islam. Manakala, DAP pula memperjuangkan prinsip "Malaysian Malaysia" yg mahu hak2 keistimewaan Melayu dan Bumiputera dihapuskan. Hak Sama rata diperjuangkan.

Jadi, dari segi ideologi dan prinsip perjuangan yg amat bertentangan ini mnjadikan UMNO dan DAP spt tidak mgkn akan berada dlm Satu gabungan politik.

Oleh yg demikian, pejuang totok UMNO tidak akan Dan tidak mungkin boleh menerima DAP. Jika mereka sertai BERSATU atau mana2 parti komponen PH yg lain, maka mereka perlu mengorbankan prinsip demi bekerjasama dgn DAP. Itu yg mereka tidak akan lakukan.

Itulah isyarat yg perlu difahami oleh Mahathir. Pejuang totok UMNO lbh mulia dan berprinsip dr mahathir yg sanggup buat U-turn dan berpeluk cium dgn DAP. Padahal dulu kebencian terhadap DAP nilah yg sering dizikirkan oleh Mahathir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan