Ahad, 11 Disember 2016

Akhirnya Mahathir Sujud Di Kaki DAP


Mahathir pernah mendeklamasikan sajak bertajuk "Melayu Mudah Lupa" untuk mengingatkan umat Melayu agar bangun dari tidur dan bangkit berjuang menggapai kejayaan agar tidak merempat di bumi sendiri. Secara tersirat juga, sajak itu sebagai amaran supaya orang Melayu tidak memilih pembangkang yang akan memalapkan survival bangsa tersebut.

Mahathir dalam satu ceramahnya juga pernah menyatakan bahawa Lim Kit Siang adalah manusia paling rasis, anti Islam dan anti Melayu.

Mahathir juga pernah menjelaskan di dalam blognya iaitu Che Det bahawa parti-parti Melayu sekarang terpaksa melutut kepada orang Cina demi meraih undi mereka bagi memenangi pilihanraya.

Tapi.....kini semuanya sudah berubah. Mahathir kini cakap tidak serupa bikin. Bikin tidak serupa cakap.

Mahathir sekarang dilihat seolah-olah menyembah DAP dan Lim Kit Siang yang pernah dikecamnya dulu. Bagi Mahathir, DAP dan Lim Kit Siang tidak lagi anti Islam...tidak lagi anti Melayu. Dosa mereka sudah dibersihkan.

Demi menjatuhkan seorang Melayu yang bernama Najib Razak, Mahathir sanggup bekerjasama dengan musuh utama umat Melayu dan Islam di negara ini. Jika silap percaturan, perbuatannya ini bukan sahaja akan memusnahkan seorang Melayu sahaja tetapi seluruh keturunan umat Melayu.

Tidak salah Mahathir berpolitik dan menubuhkan parti baharu untuk menjatuhkan Najib. Kerana beliau memang seorang politikus tegar dan memang itu namanya politik. Jatuh menjatuh dalam politik itu biasa.

Yang jelek adalah perbuatannya bekerjasama dengan DAP. Kerana ia ibarat meludah ke langit. Mahathir hampir-hampir menjadi munafik. Dulu cakap lain, kini cakap lain. Hanya kerana ingin menjatuhkan Najib, Mahathir sudah tidak dapat membezakan yang mana syaitan yang mana malaikat.

Bertaubatlah Mahathir!   

Jangan kerana kebencian dan sikap dendammu terhadap seorang Melayu menyebabkan kamu sanggup menjejaskan survival bangsa Melayu.

Ingat wahai bangsaku....

DAP itu anti Islam...DAP itu anti Melayu...DAP itu anti Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan