Jumaat, 13 Jun 2014

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR : APAKAH PETANDA KEMBALINYA KUASA MUTLAK RAJA MELAYU?


Isu Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang hangat diperdebatkan sepanjang dua minggu kebelakangan ini ibarat manifestasi kepada dua petanda iaitu:

Pertama - Apakah sudah hilang rasa percaya dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Johor terhadap ahli politik atau wakil rakyat sehinggakan perlu melibatkan Tuanku Sultan Johor dalam lembaga tersebut?

Persoalan pertama ini ada logiknya kerana jika dilihat atau dikaji apa sahaja isu tidak kira berkaitan dengan isu perkauman, agama, bahasa, pendidikan, perumahan atau apa sahaja berkaitan dengan kehidupan rakyat akan dipolitikkan sehingga ianya panas. Persoalannya siapakah yang membuatkan isu-isu tersebut panas? Adakah rakyat marhaen, penoreh getah, posmen, guru atau rakyat biasa? Jawapannya sudah pastilah ahli politik.

Sudah menjadi lumrah, ahli politiklah yang selalu (malah suka) memanaskan sesuatu isu bagi mendapatkan manfaat politik demi meraih undi. Sebenarnya, rakyat bawahan tidak kira pelbagai bangsa atau kaum boleh hidup aman damai, tetapi di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik inilah telah menyebabkan rakyat berpecah belah dan bersikap prejudis.

Berbalik kepada persoalan pertama tadi, berkemungkinan besar jika tiada campur tangan Sultan, sudah pasti kemudahan perumahan yang disediakan di Johor tidak akan mesra rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah. Sudah menjadi kelaziman, pihak pemaju (mungkin atas dokongan ahli politik tertentu) lebih suka membina rumah mewah berbanding membina rumah mampu milik atas alasan lebih menguntungkan.

Seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, di mana rakyat berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah atau hartanah kerana harga yang ditawarkan di luar kemampuan mereka, isu ini sebenarnya boleh ditangani asalkan bukan oleh ahli politik atau wakil rakyat.

Jadi siapakah yang boleh menanganinya? Mungkin sebab itu Tuanku Sultan dilibatkan sebagai salah seorang ahli lembaga tersebut. Mungkin hanya Tuanku Sultan yang berkuasa untuk mengelakkan apa yang  berlaku di P.Pinang tidak berlaku pula di Johor. Ingat, Johor adalah jiran Singapura. Johor kini sedang diintai oleh parti paling rasis iaitu DAP untuk menguasainya. Tidak mustahil dengan kerjasama DAP dengan pihak pemaju (kebanyakannya Cina mungkin ahli DAP) perumahan mampu milik tidak akan banyak dibina di Johor atas strategi ingin memecahkan undi Melayu di sesuatu kawasan. 

Majoriti orang Melayu adalah berpendapatan rendah dan lazimnya mereka hanya mampu membeli rumah mampu milik. Jika tidak dibina, di mana mereka ingin tinggal?

Jangan terkejut sekiranya isu perumahan ini dijadikan taktik halus kafir DAP dan sekutunya untuk menghalau orang Melayu di sesuatu kawasan. Jika orang Melayu sudah kurang, maka kuasa undi mereka juga kurang. Jadi siapa yang untung?

Orang politik termasuk wakil rakyat Melayu tahu apa? Mereka hanya fikirkan untuk memenuhkan tembolok mereka sahaja. Apa jadi pada bangsa dan agama sendiri tolak ketepi.

Mungkin ramai orang memandang isu ini akan mencemarkan konsep Raja Berpelembagaan tapi kita perlu juga memandang dari sudut lain.

Kedua - Apakah ini petanda rakyat mahukan kuasa Sultan dikembalikan atau dengan kata lain berkuasa mutlak?

Persoalan ini mungkin agak keterlaluan lebih-lebih lagi Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Tapi kita boleh berfikir di luar kotak. Persoalan ini sebenarnya masih berkait rapat dengan isu moral ahli politik dan wakil rakyat yang gagal menjalankan amanah membela nasib rakyat.

Jika ahli politik dan wakil rakyat gagal memainkan peranan mereka, mungkin sudah tiba masanya kita menyandarkan harapan kepada Tuanku Sultan untuk membela rakyat. Tapi adakah kita berani untuk membuang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang dan berubah kepada sistem monarki?

Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia jika kita mengamalkan sistem beraja berkuasa mutlak? Lihat Brunei di mana Sultannya berkuasa mutlak. Mereka tiada parti politik berlabel Islam tapi sudah mengorak langkah melaksanakan hukum hudud. Sekarang cuba bandingkan dengan Malaysia yang sudah menempuh 13 PRU dan memiliki sebuah parti kononnya terlebih Islam yang sering melaungkan-laungkan ingin melaksanakan hudud (sebenarnya nak meraih undi saja). Tapi habuk pun tak ada. Sampai sekarang isu hudud hanya menjadi mainan mereka. 

Kenapa ini berlaku di Malaysia? Tak lain dan tak bukan kita di sini terlalu banyak sangat berpolitik sampai satu benda pun tak jadi. Dan semua ini adalah angkara ahli politik dan wakil rakyat. Merekalah yang paling rasis, mempergunakan agama, songlap duit rakyat, mengamalkan kronisme, nepotisme dan banyak -isme lain. Rakyat biasa tidak bersalah. Mereka hanya inginkan kebajikan mereka dibela dan mengimpikan kehidupan yang sejahtera.

Jika wakil rakyat dan ahli politik tidak mampu menawarkan itu semua, apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat beralih kepada Raja-Raja Melayu sebagai pembela tunggal mereka?     

3 ulasan:

  1. 7 pemaju hartanah berstatus elit dari tanah besar China terlibat dalam pelbagai projek pembangunan bercampur dengan nilai sejumlah lebih daripada RM50 bilion d idalam projek Pembangunan & pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia.
    Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

    BalasPadam
  2. Di manakah pihak yang bertanggungjawab selama ini? Jikalau sekadar RM1 juta ke atas, apalah sangat untuk warga Singapore contohnya yang tak mampu memiliki hartanah di Singapore yang lebih selesa untuk memiliki hartanah idaman mereka di Johor Malaysia. Mereka tiada tanah, tiada rumah di Singapura tetapi ada banyak tunai di tangan mereka. Ada masalah untuk rakyat Singapura untuk melebur di Johor? Dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Rakyat Johor amanya dan rakyat malaysia umumnya berapa dapat?

    BalasPadam
  3. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan









    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan









    BalasPadam