Selasa, 14 Mei 2013

LOMPAT PARTI: PERAK DAN TERENGGANU BAKAL TUMBANG?


PRU13 menyaksikan dua negeri iaitu Perak dan Terenggganu berjaya dipertahankan oleh BN menerusi kemenangan tipis. BN mendapat mandat memerintah semula Perak selepas memenangi 31 kerusi DUN daripada 59 kerusi yg dipertandingkan. Ini bermakna BN memerintah dengan kelebihan 3 kerusi sahaja. Manakala, Terengganu pula hampir memberi tamparan kpd BN apabila bilangan kerusi yg dimenangi BN jatuh merosot iaitu BN hanya memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yg dipertandingkan. Maka, BN hanya menang tipis di Terengganu dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.

Cerdik pandai politik menggelarkan politik ini sebagai art of possible atau seni segala kemungkinan. Maka, segalanya tidak mustahil berlaku dalam politik. Dalam politik tiada kawan atau musuh yg kekal. Hari ini kawan, esok jadi musuh, hari ini musuh, esok jadi kawan. Tahun 2008 PR hanya berjaya memerintah Perak selama 11 bulan sahaja selepas berlakunya isu lompat parti 3 ADUNnya menjadi wakil bebas yg menyokong BN. Akibat bahana "art of possible" inilah GAD bimbang peristiwa 2008 bakal berlaku kembali.

Kalau 2008 PR terpaksa menerima keperitan, tetapi tahun 2013 dikhuatiri BN pula yg menerima kesannya. Tak mustahil Perak dan Terengganu bakal tumbang secara mengejut ke tangan PR jika ada dalam kalangan wakil rakyat BN melompat parti ke kem PR. Ingat BN hanya menang tipis di Perak dan Terengganu. Bukannya GAD nak mempertikaikan integriti wakil rakyat BN tapi tak ada yg mustahil dlm politik ni. Semua org boleh gelap mata dengan wang. Lebih-lebih lagi kalau ada isu yg menghiris hati wakil rakyat ni. Bila2 masa saja mereka boleh belot.

GAD mempercayai Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri melihat BN memerintah Perak dan Terengganu dengan kelebihan tipis saja. Anwar memang memiliki kelebihan dalam memanipulasi keadaan. Tak mustahil Anwar sedang merancang projek untuk membeli wakil rakyat BN di kedua2 negeri tersebut untuk lompat parti. Kalau benda ini memang betul2 akan berlaku, maka ternganga dgn penuh kejutan sajalah BN.

GAD amat berharap benda2 keji macam ni takkan berlaku. Tunjukknlah kpd rakyat bahawa wakil rakyat BN tidak mudah dibeli dengan wang. Biarlah wakil rakyat PR saja yg berperangai mcm tu. Kalau berlaku juga anda memang manusia yg tak sedar dek untung. Rakyat akan semakin menyampah dengan BN jika perkara ini berlaku. BN juga akan runtuh sedikit demi sedikit. Kepada semua wakil rakyat BN khususnya ADUN Perak dan Terengganu renung2kanlah. Jangan kerana tamak dan tergila-gilakan wang dan pangkat, anda mengkhianti amanah rakyat.  

  

   

2 ulasan:

  1. Kedudukan semasa di Perak: Dap 18, PKR 5, Pas 5

    Kalau katak itu Tiung Wa -- apa bodoh ker malaon tu ingat dengan dia join Dapig dia ingat Dapig bulih jadi BM ker?

    Kalau katak itu si Katak Puru Melaise -- kalau dia ishtihar masuk Pas, Pkr akan kata mana aci.

    Kalau Puru itu masuk Pkr, Pas akan kata mana aci dan kalau Puru lompat masuk kolam Dapig, sanggupkah dai bergaul dengan si hidung penyet?

    Nampaknya susah jua nak jadi katak pada pasca 2013 ini, kan, kan?

    BalasPadam
  2. Sumbat cepat si nuar tu kes lahad datu. Jgn tunggu lama2 nanti dia buat onar lg. Tp nape la si dajjal ni sihat sokmo. Cuba sakit sikit tak le panjang sgt akal jahatnya tu

    BalasPadam